Monday 14 December 2015

Rancangan Perniagaan OneXOX

Salam sejahtera,

Post kali ini adalah infografik tentang rancangan perniagaan OneXOX.

Thursday 30 July 2015

Bisnes Prepaid: Kadar panggilan baru dari ONEXOX

Salam sejahtera,

Hari ini ONEXOX telah mengumumkan kadar panggilan baru untuk akaun MA iaitu RM0.12 untuk kesemua rangkaian.

Kadar sebelum ini adalah RM0.15.

Sila rujuk gambar di bawah.






Kadar baru ini akan memberi lebih penjimatan kepada semua pengguna ONEXOX, terutama bagi yang biasa membuat topup di bawah RM50.

Ini kerana sekiranya pengguna topup RM50, semua nilai topup akan dimasukkan ke akaun DA, yang mana kadar panggilan dari akaun DA adalah sangat murah bagi panggilan prepaid/ prabayar.

Kenapa perlu ada akaun DA dan MA, baca di sini.

Untuk mengetahui lebih lanjut plan perniagaan ONEXOX, boleh lah download dari sini.

Sebarang pertanyaan bolehla hubungi saya di 010-3247018

Thursday 18 June 2015

Apa itu MA dan DA dalam ONEXOX

Salam sejahtera,

Salah satu keunikan ONEXOX ialah terdapatnya 2 akaun iaitu akaun MA dan akaun DA.
Bagi pelanggan baru

Apa Itu MA & DA?
Apabila anda beli simkad ONEXOX atau kekalkan no lama anda, perkara yg anda perlu tahu adalah AKAUN DA & AKAUN MA.

Apa itu DA & MA??

DA(Dedicated Akaun) adalah akaun kadar murah - Hanya utk panggilan & sms SAHAJA.... Sekiranya anda ingin melanggan data, anda perlu TRANSFER dulu nilai DA ke MA mengikut pelan data yang anda inginkan...

MA (Main Akaun) adalah akaun kadar biasa - Untuk panggilan & sms sekiranya tiada baki lagi di DA. Juga untuk langganan data dan pindahan kredit

Untuk lebih jimat sebagaimana pengguna-pengguna bijak yang lain, topup terus RM50 dan anda akan nikmati RM50 di AKAUN DA.... Untuk langgan data, transfer aje ke MA.


Pelan kami berbeza dgn pelan telco2 yg anda pakai sekarang, kerana pelan kami tetap berikan kadar JIMAT walau apa donor yg anda topup...

RM5 - tetap dapat rate murah
RM10 - tetap dapat rate murah
RM30 - tetap dapat rate murah
RM50 - SEMUANYA RATE MURAH.

Jumpa lagi.


Bisnes Prepaid - Perbezaan diantara XOX dan ONEXOX.

Salam Sejahtera.

Apakah perbezaan diantara XOX dan ONEXOX?

Saya percaya ramai yang tertanya-tanya berkenaan XOX dan ONEXOX. Adakah ianya satu company yang sama? atau ONEXOX adalah anak syarikat XOX atau sebaliknya atau bagaimana/

So di bawah ini penjelasan dari CMO ONEXOX berkenaan perbezaan XOX dan ONEXOX.

APA BEZA STARTERPACK HITAM 'XOX PREPAID PLUS' DAN STARTERPACK HIJAU 'ONEXOX'?

xox mobile/xox berhad ialah sebuah MVNO yg menyedia perkhidmatan mudah alih kpd pelan 'xox prepaid plus' (starterpack hitam) & 'onexox' (starterpack hijau). Mobile Virtual Network Operator @ 'pengendali rangkaian mudah alih maya' ialah yg menyediakan perkhidmatan telekomunikasi tanpa pencawang sendiri. kedua-duanya membawa pelan yg berbeza dari segi kadar panggilan kpd pelanggan, ciri-ciri perkhidmatan dan juga strategi pemasaran.

Strategi pemasaran yang digunakan oleh 'xox prepaid plus' adalah bersifat tradisional dimana melibatkan kos pengiklanan & operasi yang besar; para usahawan telco yg ingin menceburi perniagaan dgn pelan 'xox prepaid plus' ini mesti mempunyai syarikat berdaftar, premis kedai, dikenakan komitmen jualan yg tinggi serta modal yg agak besar.

Sebaliknya, strategi pemasaran bagi pelan 'onexox' yang diedarkan secara eksklusif oleh ONEXOX Sdn Bhd. (anak syarikat xox berhad) ialah degan tidak mengamalkan konsep pengiklanan secara terbuka serta menawarkan lebih penjimatan kepada pelanggan menerusi pelan fleksi '2in1' yang terdapatnya kadar mudah, kadar biasa dan tak dilupakan juga kadar 'smackdown' untuk 10 family&friends ke semua rangkaian;

Perkhidmatan yang sejajar dengan tuntutan syariah dimana tiada caj-caj tersembunyi, tiada pakej internet 'pay-as-you-use' yang akan menjadi beban kpd pemilik handphone yg majoritinya kurang bijak menguruskan handphonenya, tidak mengkaburi pelanggan dengan apa jua promosi-promosi 'percuma', internet 'unlimited' dan sebagainya.

Sebelum seseorg usahawan telco yang ingin menceburi perniagaan onexox, seseorg itu hanya perlu bermula sebagai pelanggan onexox. daripadd situ, pelanggan sudah layak menikmati insentif jika mengesyorkan onexox kpd kenalannya.. tiada yuran tambahan serta tiada komimen! seterusnya, jika ingin bergiat sebagai pengedar, pelanggan itu bolehlah membuat permohonan utk menjadi pengedar.

Sungguhpun kadar perkhidmatan onexox agak murah dan sangat berpatutan, insentif kpd para pengedar adalah sgt lumayan kerana repeat topup pasti berlaku drpd pelanggan2 yg selesa dgn harga starterpack dan caj panggilan yg tidak keterlaluan disamping mendapat akses pengedar telco yg sepenuhnya dimana setiap pengedar yg bermula dari kecil boleh membuat pendaftaran baru termasuk MNP serta boleh menyemak status permohonan MNP dgn sendiri tanpa melalui pihak ke-3. kos permulaan sebagai 'pengedar penuh' adalah sgt berpatutan bersesuaian dgn tahap ekonomi 'org2 kita' dan tidak dimestikan mempunyai syarikat atau premis kedai. 'on-job guide/training' secara online atau offline juga disediakan bagi membantu para usahawan yg kurang pengalaman.

Rujukan : Syed Alfaremy CMO ONEXOX

Friday 22 May 2015

Adakah ONOXEX MLM atau SKIM CEPAT KAYA?

Salam Sejahtera,

Adakah ONEXOX satu skim Multi Level Marketing(MLM) atau satu skim cepat kaya?

Ramai yang bertanya soalan ini. Mungkin disebabkan dah fobia dengan MLM agaknya. :-)


Ok, untuk pengetahuan ONEXOX bukanlah satu skim MLM atau SKIM Cepat kaya. Ia adalah satu perniagaan yang selama ini ramai yang tak tahu ataupun kos untuk menjalankan perniagaan ini tinggi beribu-ribu lemon...yang mana tak termampu oleh kebanyakan dari kita.

Bisnes ini dah ujud lama sejak adanya kad prabayar atau prepaid. Kalau tak silap saya penghujung 90an. Yang mana ketika itu satu simkad harganya RM100++ kalau tak silap saya.

Namun ramai yang tak sedar sebab di monopoli oleh para kapitalis, dan mereka ini dah kaya raya dari dulu lagi.

Cuma sekarang ini ONEXOX membawa perniagaan ini ke satu tahap yang mana ramai orang boleh menjual simkad dengan tidak perlu mempunyai kedai dan dengan modal yang sangat minimum. Kalau anda ingin menjadi agent yang menjual simkad telco-telco seperti DIGI, Maxis, Celcom anda perlu mempunyai kedai barulah boleh menjadi agent yang menjual simkad mereka.

Jadi di  sini kita boleh lihat atau kira, kos untuk menyewa kedai tu berapa, nak gaji pekerja tu berapa, air api mcm mana. Ini lah yang menyebabkan ramai dari kita angkat tangan. Sedangkan perniagaan menjual simkad adalah satu perniagaan yang menguntungkan.

Kalau tak untung tak kan banyak kedai yang menjual simkad, topup dan lain-lain lagi.

Itu dari segi bisnes, sebenarnya pada saya, jika kita hanya pengguna ONEXOX, sudah dikira berjaya sebab kita dah berjimat setiap hari-hari.

Salah seorang pengguna ONEXOX menyatakan yang dia dapat membuat penjimatan sebanyak RM50-RM70 sebulan sebagai user sahaja. Katanya sebelum ini bil postpaid beliau adalah sekitar RM120 sebulan. apabila bertukar ke prepaid ONEXOX, beliau hanya perlu melakukan topup sebanyak RM50-RM70 je sebulan dan penggunaan adalah macam biasa.

Dengan penjimatan RM50 sebulan, dapatlah digantikan dengan membeli beli beras 10kg dan pampers anak tiap-tiap bulan. Ingat beliau hanya pengguna sahaja.

Kalau nak lebih lagi boleh recommend pada kawan-kawan. Kita boleh dapat 6% dari jumlah topup kawan-kawan yang kita recommend tadi, mudahkan...tak perlu keluar modal pun.

Sebenarnya setiap hari kita tolong promote atau recommend bisnes orang lain. Bila berbual dengan kawa-kawan kita bercerita tantang beli barang kat kedai mana, beli accessories kerata kat kedai A lah siap explain lagi macam mana nak pegi dan ada yang sanggup tolong temankan lagi.

Mungkin dapatla air tin tokey tu belanja...tapi setakat itu saja, tetapi sekiranya kita recommend kawan kita guna ONEXOX, kita akan dapat 6% dari jumlah topup selagi mana dia menggunakan ONEXOX. Sangat bagus kan.

Dan kalau nak lebih lagi keluarkan modal RM278 dan jadi sub dealer. Sebenarnya menjadi subdealer ini seolah-olah anda membuka sebuah kedai menjual simkad dan menjual topup, Kita sendiri boleh terus register orang yang beli simkad dengan kita, tanpa perlu hantar pada center, anda dah jadi seorang tokey.

Ini samalah dengan kedai-kedai yang menjual simkad dan topup. bestkan. Lagi best sebab bisnes ini boleh dijalankan secara part time. Maksudnya anda boleh teruskan perkerjaan anda sekarang sambil menjalankan perniagaan ONEXOX.

Soal sukses berniaga, kita buat saja.. benda murah dan jimat ni.. kita buka lah mulut.. buka table.. ini laluan kita untuk mudah sukses. Bukak je table, target mudah jual 1simkad sehari.. sebulan jual 25 simkad. 5 hari lagi cuti.

Cukup setahun minima kita dah ada 25x12bulan = 300user. Itu pun siap ambik cuti 5 hari sebulan...
Selepas 3thn, kita ada 900 user. 

Jika 900user topup RM30 (purata) sebulan, dah boleh dapat jumlah 10% x RM27000. 
Dapatlah pasif income RM2700 tiap2 bulan. menarik kan.

Ini formula TANPA SEBARANG PENAJAAN SUB-DEALER..
Kalau ada rezeki subdealer, jadilah autopilot.

Kerja keras 3 tahun, plan retire young retire rich.. Istiqomah...

Untuk lebih lanjut boleh hubungi saya (SMS/Whatsapp/call) di talian 010-3247018.