Friday 17 April 2015

Kenapa Perlu Betulkan APN?

Salam sejahtera,

Kali ini jom kita cerita pasal APN.

Sekiranya anda pengguna smartphone/talipon pintar dan mempunyai internet connection and pasti pernah dengar pasal APN.
Kenapa perlu betulkan APN?

Kenapa perlu periksa dan membetulkan APN?


Pernahkah anda tiba2 mengalami masalah sambungan Internet tanpa apa ikon 3G, E atau H walaupun kad sim telah dimasukkan berulang kali. Dan pada masa tersebut ikon signal ada dan penuh (full bar), tetapi tiada ikon tambahan '3G' atau 'H'. Tahukah ikon ini menunjukan Akses Data atau  Mobile Data sedang digunakan. Ketiadaan ikon kecil berkemungkinan kesilapan konfigurasi network yg dikenali sebagai APN.

Apakah itu APN & fungsinya ?

Titik Capaian dikenali sebagai Access Point Name (APN) berperanan sebagai konfigurasi perantara yg menghubungkan peranti dengan pelayan (server) telco untuk capaian jalur lebar Internet & akses pelayan MMS.

Sesetengah peranti yang mempunyai firmware terkini menyimpan database tetapan Telco seluruh dunia. APN ini berubah secara automatik mengikut telco kad sim yang dimasukkan.
Tetapi ada peranti yg menggunakan firmware atau custom rom yang tiada database APN dimana peranti tidak boleh menentukan APN secara automatik selepas kemasukan kad sim. Apabila ini berlaku tetapan APN ini dengan sendirinya 'kosong' dimana peranti gagal membuat sambungan internet.

Untuk membetulkan semula APN ia perlu dimasukan secara manual dengan memasukkan nama pelayan mengikut telco kad sim yang digunakan.

Nota ; Apabila suis data (Data Enabled) di buka/ dibenarkan , Kad sim ini akan merujuk konfigurasi APN yg tersimpan untuk sambungan pelayan (server)  telco bagi capaian Internet. Akses internet hanya berjaya jika alamat APN menepati pelayan (server) telco.

INTERNET SETTING

Cara setting APN internet Onexox pada smartphoneanda:

1. Pergi ke Settings -> More Settings -> Mobile Network -> Access Point Names.
2. Klik dibawah dan pilih +New APN.
3. Setkan Name sebagai XOX.
4. Setkan APN sebagai XOX.
5. Klik dibawah dan pilih Save.
6. Klik pada butang APN baru anda sehingga kelihatan tanda hijau.
7. Kemudian pergi ke Settings -> More Settings -> Mobile Network -  Network Mode.
8. Pilih WCDMA atau 3G only.
9. Restart semula HP.

Contoh:

1. GALAXY NOTE 2

APN:XOX
Internet mode: Http
Username: none
Password : none
Authentication type : none
Use Proxy: Yes
IP Address Proxy : none
Port No Proxy : 8080
Username Proxy : none
Password Proxy : none
MNC:19MCC:502

2. MODEL NINETOLOGY
APN.... setting > More > Mobile netowrks > Access Point Names > select your sim card >press on the menu touch button > new apn

Masukkan:
Name : XOX
APN : xox

save > select > reboot

3.Blackberry
sms SET dan hantar ke 20999.. service reply degan internet configuration XOX dan CELCOM untuk Blackberry.
*caj RM0.50 untuk satu sms


4. LENOVO
APN.... setting > More > Mobile netowrks > Access Point Names > select your sim card >press on the menu touch button > new apn

masukkan:
Name : XOX
APN : xox

save

---------------------------------

Itulah sebahagian contoh setting APN bagi sesetengah smartphone. Diharapkan selepas membaca post ini anda tahu kenapa anda perlu betulkan APN setting.

Bagi mendapatkan APN Setting bagi apa-apa model telefon, anda boleh terus menghubungi talian Customer Service  12273 or 1300-888-010

Jumpa lagi.