Showing posts with label onexox. Show all posts
Showing posts with label onexox. Show all posts

Thursday, 18 June 2015

Bisnes Prepaid - Perbezaan diantara XOX dan ONEXOX.

Salam Sejahtera.

Apakah perbezaan diantara XOX dan ONEXOX?

Saya percaya ramai yang tertanya-tanya berkenaan XOX dan ONEXOX. Adakah ianya satu company yang sama? atau ONEXOX adalah anak syarikat XOX atau sebaliknya atau bagaimana/

So di bawah ini penjelasan dari CMO ONEXOX berkenaan perbezaan XOX dan ONEXOX.

APA BEZA STARTERPACK HITAM 'XOX PREPAID PLUS' DAN STARTERPACK HIJAU 'ONEXOX'?

xox mobile/xox berhad ialah sebuah MVNO yg menyedia perkhidmatan mudah alih kpd pelan 'xox prepaid plus' (starterpack hitam) & 'onexox' (starterpack hijau). Mobile Virtual Network Operator @ 'pengendali rangkaian mudah alih maya' ialah yg menyediakan perkhidmatan telekomunikasi tanpa pencawang sendiri. kedua-duanya membawa pelan yg berbeza dari segi kadar panggilan kpd pelanggan, ciri-ciri perkhidmatan dan juga strategi pemasaran.

Strategi pemasaran yang digunakan oleh 'xox prepaid plus' adalah bersifat tradisional dimana melibatkan kos pengiklanan & operasi yang besar; para usahawan telco yg ingin menceburi perniagaan dgn pelan 'xox prepaid plus' ini mesti mempunyai syarikat berdaftar, premis kedai, dikenakan komitmen jualan yg tinggi serta modal yg agak besar.

Sebaliknya, strategi pemasaran bagi pelan 'onexox' yang diedarkan secara eksklusif oleh ONEXOX Sdn Bhd. (anak syarikat xox berhad) ialah degan tidak mengamalkan konsep pengiklanan secara terbuka serta menawarkan lebih penjimatan kepada pelanggan menerusi pelan fleksi '2in1' yang terdapatnya kadar mudah, kadar biasa dan tak dilupakan juga kadar 'smackdown' untuk 10 family&friends ke semua rangkaian;

Perkhidmatan yang sejajar dengan tuntutan syariah dimana tiada caj-caj tersembunyi, tiada pakej internet 'pay-as-you-use' yang akan menjadi beban kpd pemilik handphone yg majoritinya kurang bijak menguruskan handphonenya, tidak mengkaburi pelanggan dengan apa jua promosi-promosi 'percuma', internet 'unlimited' dan sebagainya.

Sebelum seseorg usahawan telco yang ingin menceburi perniagaan onexox, seseorg itu hanya perlu bermula sebagai pelanggan onexox. daripadd situ, pelanggan sudah layak menikmati insentif jika mengesyorkan onexox kpd kenalannya.. tiada yuran tambahan serta tiada komimen! seterusnya, jika ingin bergiat sebagai pengedar, pelanggan itu bolehlah membuat permohonan utk menjadi pengedar.

Sungguhpun kadar perkhidmatan onexox agak murah dan sangat berpatutan, insentif kpd para pengedar adalah sgt lumayan kerana repeat topup pasti berlaku drpd pelanggan2 yg selesa dgn harga starterpack dan caj panggilan yg tidak keterlaluan disamping mendapat akses pengedar telco yg sepenuhnya dimana setiap pengedar yg bermula dari kecil boleh membuat pendaftaran baru termasuk MNP serta boleh menyemak status permohonan MNP dgn sendiri tanpa melalui pihak ke-3. kos permulaan sebagai 'pengedar penuh' adalah sgt berpatutan bersesuaian dgn tahap ekonomi 'org2 kita' dan tidak dimestikan mempunyai syarikat atau premis kedai. 'on-job guide/training' secara online atau offline juga disediakan bagi membantu para usahawan yg kurang pengalaman.

Rujukan : Syed Alfaremy CMO ONEXOX

Friday, 13 March 2015

MASIH KELIRU NAK PILIH SYARIKAT TELCO??

Salam sejahtera

ADAKAH ANDA MASIH KELIRU TELCO MANA NAK PILIH???

Masih pening pilih telco?Apa itu TELCO?

Telco adalah singkatan dari perkataan bahasa English - TELECOMUNICATION.

Soalan yang biasa kita dengar atau gunakan ialah "Ko guna telco mana?" Iaitu merujuk kepada syarikat Telecommunication yang mana kawan kita gunakan. Jika di Malaysia ini syarikat Telecommunication yang popular ialah Celcom, Maxis dan juga Digi.

Ini tidak termasuk syarikat-syarikat berstatus MVNP.

Jadi Telco mana satu yang mana satu anda patut pilih?

Di sini saya senaraikan 4 faktor yang perlu diambil kira dalam memilih Telco yang patut di gunakan yang di petik dari CEO ONEXOX En. ArieSham.

4 FAKTOR PEMILIHAN TELCO.

Perkembangan berkonsepkan MVNO telah menyajikan berbagai jenama “telco” di Malaysia. Setiap syarikat berlumba-lumba menawan pelanggan dengan strategi pemasaran tersendiri. Sudah menjadi lumrah pelanggan-pelanggan telco utama seperti Celcom, Maxis & Digi beralih kepada “telco-telco” baru ini kerana tertarik dengan tawaran yang ditawarkan.

Tambahan pula kemudahan MNP memberi peluang kepada pelanggan menukar telco tanpa menukar no telefon masing-masing.

Namun begitu 4 faktor utama perlu diambil kira sebelum menukar simkad anda.

1. Kadar Panggilan.

Kadar panggilan yang murah menjadi tarikan kepada pelanggan . Walaupun kadar panggilan murah tapi pelanggan perlu berhati-hati dengan terma dan syarat yg ditetapkan. Selalunya ada kos yang tersembunyi spt, call per block, panggilan sesama talian, panggilan pada masa tertentu dan lain-lain lagi.

2. Kawasan Liputan.

Tidak guna harga yang murah kalau kawasan liputan (coverage) “telco” tidak meluas. Apa akan jadi bila kecemasan dan phone kita tak de line? Tak ke berangin jadinya. Oleh itu pelanggan mesti mengenalpasti “telco” apa menyewa rangkaian (network) telco apa.

3. Kekuatan Syarikat

Pelanggan mesti pastikan yang syarikat telco yang hendak dipilih merupakan syarikat yang kukuh atau disokong oleh syarikat yang kukuh. Ini bagi mempastikan “telco” tersebut kekal dalam pasaran untuk jangkamasa panjang. Mungkin ada pelanggan yang tidak kisah kerana boleh tukar kepada simkad “telco” lain tetapi harus diingat duit top up kita akan lesap begitu saja kerana “telco” tak akan pulangkan wang top up kita.

4. Nilai Tambah

Pelanggan yang bijak memilih “telco” yang menawarkan nilai tambah kepada mereka. Kalau dulu pengguna telefon cuma mendapat perkhidmatan call, SMS,data plan sahaja, tetapi kemunculan “telco-telco” baru ini menawar kepelbagaian kepada pengguna seperti rebet, top up tambahan, panggilan percuma, diskaun dan lain-lain.

Ada juga “telco” yang menjadikan pelanggan mereka sebagai rakan niaga dimana secara langsung pengguna menjadi promoter kepada syarikat dan ditawarkan berbagai insentif kepada pelanggan.

Dengan cara ini, syarikat menjimatkan kos promosi kerana program networking sebegini lebih berkesan. Kos promosi disalurkan kepada rakanniaga dalam bentuk insentif. Jadi, selain menjadi hanya pengguna, pelanggan juga mendapat sumber pendapatan kedua .

Sebagai pengguna, kita mesti bijak untuk memilih “telco” berpandukan faktor-faktor tersebut untuk untuk menjamin kepuasan.

Jumpa lagi.

Monday, 9 March 2015

Selamat datang ke Blog Bisnes Prepaid OneXOX

Salam sejahtera semua,

Selamat datang ke Blog Bisnes Prepaid OneXOX.

Disini saya kan berkongsi maklumat berkenaan Bisnes Prepaid yang di tawarkan oleh OneXOX.


Jumpa lagi...