Friday 13 March 2015

MASIH KELIRU NAK PILIH SYARIKAT TELCO??

Salam sejahtera

ADAKAH ANDA MASIH KELIRU TELCO MANA NAK PILIH???

Masih pening pilih telco?Apa itu TELCO?

Telco adalah singkatan dari perkataan bahasa English - TELECOMUNICATION.

Soalan yang biasa kita dengar atau gunakan ialah "Ko guna telco mana?" Iaitu merujuk kepada syarikat Telecommunication yang mana kawan kita gunakan. Jika di Malaysia ini syarikat Telecommunication yang popular ialah Celcom, Maxis dan juga Digi.

Ini tidak termasuk syarikat-syarikat berstatus MVNP.

Jadi Telco mana satu yang mana satu anda patut pilih?

Di sini saya senaraikan 4 faktor yang perlu diambil kira dalam memilih Telco yang patut di gunakan yang di petik dari CEO ONEXOX En. ArieSham.

4 FAKTOR PEMILIHAN TELCO.

Perkembangan berkonsepkan MVNO telah menyajikan berbagai jenama “telco” di Malaysia. Setiap syarikat berlumba-lumba menawan pelanggan dengan strategi pemasaran tersendiri. Sudah menjadi lumrah pelanggan-pelanggan telco utama seperti Celcom, Maxis & Digi beralih kepada “telco-telco” baru ini kerana tertarik dengan tawaran yang ditawarkan.

Tambahan pula kemudahan MNP memberi peluang kepada pelanggan menukar telco tanpa menukar no telefon masing-masing.

Namun begitu 4 faktor utama perlu diambil kira sebelum menukar simkad anda.

1. Kadar Panggilan.

Kadar panggilan yang murah menjadi tarikan kepada pelanggan . Walaupun kadar panggilan murah tapi pelanggan perlu berhati-hati dengan terma dan syarat yg ditetapkan. Selalunya ada kos yang tersembunyi spt, call per block, panggilan sesama talian, panggilan pada masa tertentu dan lain-lain lagi.

2. Kawasan Liputan.

Tidak guna harga yang murah kalau kawasan liputan (coverage) “telco” tidak meluas. Apa akan jadi bila kecemasan dan phone kita tak de line? Tak ke berangin jadinya. Oleh itu pelanggan mesti mengenalpasti “telco” apa menyewa rangkaian (network) telco apa.

3. Kekuatan Syarikat

Pelanggan mesti pastikan yang syarikat telco yang hendak dipilih merupakan syarikat yang kukuh atau disokong oleh syarikat yang kukuh. Ini bagi mempastikan “telco” tersebut kekal dalam pasaran untuk jangkamasa panjang. Mungkin ada pelanggan yang tidak kisah kerana boleh tukar kepada simkad “telco” lain tetapi harus diingat duit top up kita akan lesap begitu saja kerana “telco” tak akan pulangkan wang top up kita.

4. Nilai Tambah

Pelanggan yang bijak memilih “telco” yang menawarkan nilai tambah kepada mereka. Kalau dulu pengguna telefon cuma mendapat perkhidmatan call, SMS,data plan sahaja, tetapi kemunculan “telco-telco” baru ini menawar kepelbagaian kepada pengguna seperti rebet, top up tambahan, panggilan percuma, diskaun dan lain-lain.

Ada juga “telco” yang menjadikan pelanggan mereka sebagai rakan niaga dimana secara langsung pengguna menjadi promoter kepada syarikat dan ditawarkan berbagai insentif kepada pelanggan.

Dengan cara ini, syarikat menjimatkan kos promosi kerana program networking sebegini lebih berkesan. Kos promosi disalurkan kepada rakanniaga dalam bentuk insentif. Jadi, selain menjadi hanya pengguna, pelanggan juga mendapat sumber pendapatan kedua .

Sebagai pengguna, kita mesti bijak untuk memilih “telco” berpandukan faktor-faktor tersebut untuk untuk menjamin kepuasan.

Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment